Jumat, 29 Maret 2013

Kisah sahabat nabi : Hamzah bin Abdul Muttalib radhiallahu 'anhu

Hamzah bin Abdul Muttalib Ra

Hamzah bin Abdul Muttalib lahir diperkirakan hampir bersamaan dengan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau merupakan anak kepada pasangan Abdul Muttalib dan Haulah binti Wuhaib dari Bani Zuhrah. Menurut riwayat, pernikahan Abdul Muttalib dan Abdullah bin Abdul Mutallib terjadi bersamaan waktunya, dan ibu dari Nabi, Aminah binti Wahab, adalah sepupu  kepada Haulah binti Wuhaib. Tubuhnya tegap dan suka memakai bulu burung di topi kepalanya.


Hamzah merupakan seorang ahli sukan, pakar memanah dan pakar menunggang kuda. Kerana karismanya, beliau begitu dihormati di kota Makkah termasuk salah seorang kawan rapatnya yang juga saudaranya Abu Jahal. Dia juga dikenali sebagai Asadullah atau Singa Allah kerana keberaniannya.
Hamzah terlibat dalam dua peperangan iaitu Perang Badar dan Perang Uhud. Ketika peperangan di Badar, Hamzah berjaya membunuh dua orang bangsawan Quraisy. Salah seorang daripadanya bapa kepada Hindun, isteri Abu Sufian.

Pada waktu peperangan di Uhud, Hamzah terkorban syahid akibat rejaman lembing yang dilemparkan oleh Wahsyi, seorang hamba berkulit hitam. Wahsyi telah diupah oleh Hendon untuk mebunuh Saidina Hamzah demi membalas dendam atas kematian ayahnya dalam Peperangan Badar. Dadanya telah dirobek oleh Hendon lalu hatinya dikunyah. Namun Hendon tidak dapat menelan hati Saidina Hamzah.

Kita sebagai umat Islam HARUS SEMESTINYA mengambil pegajaran terhadap PENGORBANAN yang telah ditunjukkan oleh Saidina Hamzah yang sanggup berkorban. Beliau sanggup menggadai nyawanya demi merelakan Islam tertegak di muka bumi ini….

Tidak ada komentar:

Posting Komentar